Sunday 9 June 2013

Bendera Malaysia -- Jalur Gemilang / Ciri-ciri dan Latar Belakang JALUR GEMILANG



CIRI- CIRI BENDERA MALAYSIA
  • mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar 
  • bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah,
  • tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan - JohorKedahKelantanMelakaNegeri SembilanPahangPulau PinangPerak,PerlisSabahSarawakSelangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.
  • Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.
  • Merah : Semangat waja
  • Putih : Tanda kesucian 
  • Kuning : warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
  • Biru : tanda Agama Islam - agama rasmi bagi Persekutuan

Permulaan asal Jalur Gemilang bermula apabila pada tahun 1949, dengan persetujuan Majlis Raja-Raja sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu yang baru.
Untuk tujuan itu satu pertandingan bagi mereka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru pada tahun 1949. Pertandingan peringkat kebangsaan ini dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan disertai oleh 373 karyawan. Daripada sejumlah itu, tiga rekabentuk bendera baru bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dipilih untuk ke peringkat akhir.
- 1) lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima
- 2) 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu. 
- 3) 11 jalur merah dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.
Bagaimanapun, rekaan ketiga ciptaan arkitek Jabatan Kerja Raya Johor, Mohamed Hamzah yang menampilkan sebelas jalur biru-putih dengan bulan bintang berwarna putih di bahagian tepi kiri mendapat pilihan majoriti dan perkenan Mesyuarat Majlis Raja-raja yang berlangsung pada 22 dan 23 Februari 1950. 
LATAR BELAKANG NAMA "JALUR GEMILANG"
Selama 47 tahun digelar Bendera Malaysia, pada kemerdekaan ke-40 pada 1997, namanya ditukar kepada Jalur Gemilang. Nama diusulkan pegawai dari Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti, Redzuan Tamin dalam satu peraduan membabitkan pihak tertentu ini berjaya menewaskan 28 cadangan antaranya, Malaysia Raya, N.U.S.A, Mega Sakti, Saga Merah dan sebagainya.
Nama bendera Malaysia telah diisytiharkan oleh Tun Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri pada malam31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke-40. Pengisytiharan Jalur Gemilang dilakukan pada jam 11.58 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
JALUR - menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Oleh itu, lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu haluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara.
GEMILANG - bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekali pun sama ada di dalam atau di luar negara. Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas.

1 comment:

  1. Wynn Resorts Launches New Online Gaming Floor - Las
    The septcasino Wynn Las Vegas 메리트카지노총판 resort and casino features a wide range of table games and 온카지노 live entertainment on offer. You can enjoy the amenities of

    ReplyDelete